Tuesday, 14 April 2015

Konsep Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Pendekatan menggunakan teknologi secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan dapat menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan.

Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran


Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan PdP dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

No comments:

Post a Comment