Penggunaan
teknologi dalam PdP memberikan banyak kebaikan kepada guru dan
pelajar. Antaranya ialah guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video,
power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar
seterusnya mengekalkan minat pelajar. Hal ini kerana apabila pelajar diberi peluang
mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham
tentang subjek yang dipelajar.
Selain
itu, teknologi membantu para pelajar mendapat kesan pembelajaran yang
maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Hal ini demikian kerana waktu
pembelajaran di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru yang kreatif di
dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman
kepada para pelajar dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment