Tuesday, 14 April 2015

Cara Mengatasi Masalah Dalam Pelaksanaan Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



Zaman yang semakin canggih dengan gajet-gajet ini telah mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan web-portal oleh pihak kerajaan. Melalui web-portal ini, guru-guru mampu menukar cara pembelajaran yang tradisional dengan menggunakan web-portal ini sebagai bahan pengajaran di dalam kelas untuk menarik minat pelajar dan menggalakkan pelajar lebih berdaya saing dan berkeyakinan. Rekabentuk dan informasi serta persembahan yang berbentuk interaktif di halaman web-portal membangkitkan semangat pelajar untuk meneroka alam bahasa yang mempunyai pelbagai cabang dan mampu menarik minat pelajar dan membawa pelajar ke aras yang lebih tinggi. Web-portal ini dilaksanakan agar bahan pengajaran dan pembelajaran lebih berkualiti dan mudah diselenggarakan oleh guru dan pelajar.

No comments:

Post a Comment