Tuesday, 14 April 2015

Kekangan Dalam Pelaksanaan Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kekangan yang utama ialah walaupun teknologi ini telah lama diperkenalkan, namun masih tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya disebabkan beberapa faktor seperti kos perkakasan komputer yang tinggi, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah, bilangan perisian yang terhad dan kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik yang ragu-ragu menggunakan teknologi maklumat ini.

Kekangan atau masalah yang dihadapi dalam melaksanakan teknologi dalam PdP iala sikap negatif guru itu sendiri. Kebanyakan guru senior yang selesa dengan kaedah tradisional dan untuk sukar membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi pendidikan memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan dalam PdP.


Selain itu masalah yang dihadapi ialah pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli dan mengendalikan teknologi maklumat yang canggih.  Pihak sekolah  tidak mampu membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

No comments:

Post a Comment