Tuesday, 14 April 2015

Pengenalan SMK Seri Samudera



       Sekolah menjadi tempat latihan mengajar saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera yang terletak di Manjung Raya. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan nama singkatannya ialah SMK Seri Samudera. Murid-murid sekolah ini datang dari perumahan di kawasan sekitarnya iaitu Taman Desa Bayu, Taman Samudera, Manjung Point Seksyen 1,2,3 dan 4. Kedudukan sekolah yang berada di tengah kawasan perumahan menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka di SMK Seri Samudera.


       
  Moto sekolah ini ialah ‘Menjana Insan Kamil’. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Adli Toh Keejo dan pengetua kedua ialah Pn. Hajah Rosidah binti Abdul Shukor. Pengetua yang bertugas ketika saya menjalankan latihan mengajar ialah Pn. Hajah Khairizah binti Hassan. Penolong Kanan sekolah Pn.Hjh,Norsilah bt Ahmad, Guru Kanan Hal Ehwal Murid Tn.Hj. Abu Bakar bin Abdullah, Guru Penolng Kokurikulum Pn.Hjh.Noor Azizan bt Abdi Samat, Penyelia Petang pula ialah Pn.Rashidah dan Guru Kanan Bahasa Cik Julyanan Anthonysamy.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2014



SALAM....
Majlis sambutan hari Merdeka Peringkat sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung Perak. Kami guru praktikal telah menjadi ahli jawatankuasa untuk memastikan perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Saya dan guru praktikal Cik Nor Hamizah bt Hasnan menjadi juru acara majlis sambutan Hari Merdeka 2014 ini. Kami juga menyediakan gimik dengan bantuan pelajar-pelajar sekolah tersebut. saya berasa gembira kerana ini ialah kali pertama kami menguruskan majlis yang besar di sekolah.


Terima kasih kepada guru-guru senior di sekolah kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada kami guru praktikal dalam mengendalikan majlis yang agak besar di sekolah. Kami juga berharap mereka tidak serik menerima guru praktikal di sekolah mereka.

Hari Graduasi Tingkatan 5





      SMK Seri Samudera telah menerima 9 orang guru praktikal dari UPSI untuk menjadi guru praktikal situ selama 4 bulan. Guru-guru yang terlibat terdiri daripada dua orang guru Bahasa Melayu, dua orang guru Bahasa Inggeris, dua orang guru Pendidikan Khas, dua orang guru Muzik dan seorang guru Perdagangan. Guru praktikal ini juga telah dipecahkan kepada dua sesi iaitu 6 orang guru praktikal mengajar sesi pagi dan 3 orang guru praktikal mengajar sesi petang. Kami semua telah ditugaskan untuk melibatkan diri dalam majlis Hari Graduasi Tingkatan 5.

       
          Pada  kami para guru praktikal telah menjadi AJK kepada Hari Graduasi pelajar Tingkatan 5 yang dilakukan di Hotel Ritz Garden. kami telah ditugaskan pada hari kejadian menjadi AJK Pendaftaran, AJK Cenderamata, AJK Persembahan, dan AJK Publisiti. Kami semua juga ditugaskan untuk memantau pergerakan pelajar ketika berada di dalam majlis tersebut. Majlis yang dilangsungkan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik sekali. tetamu kohormat iaitu ketua PIBG telah merasmikan majlis yang penting itu.

Konsep Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Pendekatan menggunakan teknologi secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan dapat menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan.

Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran


Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan PdP dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Kepentingan Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan teknologi dalam PdP memberikan banyak kebaikan kepada guru dan pelajar. Antaranya ialah guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Hal ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajar.


Selain itu, teknologi membantu para pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Hal ini demikian kerana waktu pembelajaran di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru yang kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.

Kekangan Dalam Pelaksanaan Integrasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kekangan yang utama ialah walaupun teknologi ini telah lama diperkenalkan, namun masih tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya disebabkan beberapa faktor seperti kos perkakasan komputer yang tinggi, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah, bilangan perisian yang terhad dan kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik yang ragu-ragu menggunakan teknologi maklumat ini.

Kekangan atau masalah yang dihadapi dalam melaksanakan teknologi dalam PdP iala sikap negatif guru itu sendiri. Kebanyakan guru senior yang selesa dengan kaedah tradisional dan untuk sukar membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi pendidikan memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan dalam PdP.


Selain itu masalah yang dihadapi ialah pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli dan mengendalikan teknologi maklumat yang canggih.  Pihak sekolah  tidak mampu membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Cara Mengatasi Masalah Dalam Pelaksanaan Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



Zaman yang semakin canggih dengan gajet-gajet ini telah mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan web-portal oleh pihak kerajaan. Melalui web-portal ini, guru-guru mampu menukar cara pembelajaran yang tradisional dengan menggunakan web-portal ini sebagai bahan pengajaran di dalam kelas untuk menarik minat pelajar dan menggalakkan pelajar lebih berdaya saing dan berkeyakinan. Rekabentuk dan informasi serta persembahan yang berbentuk interaktif di halaman web-portal membangkitkan semangat pelajar untuk meneroka alam bahasa yang mempunyai pelbagai cabang dan mampu menarik minat pelajar dan membawa pelajar ke aras yang lebih tinggi. Web-portal ini dilaksanakan agar bahan pengajaran dan pembelajaran lebih berkualiti dan mudah diselenggarakan oleh guru dan pelajar.